Category Archives: Kerajaan Persekutuan

Jawatan Kosong Kerajaan Persekutuan Malaysia

Jawatan Kosong di The Malaysian Cohort

Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-
1. PEMBANTU PENYELIDIK Q17 (MAKMAL & JURUTEKNIK KOMPUTER)

  • Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang belum berkahwin/ bujang dan boleh
    bekerja di lapangan atau luar Kuala Lumpur
  • Makanan, minuman, pengangkutan & penginapan ditanggung semasa bertugas di lapangan
  • Dilindungi oleh Skim Insuran Takaful Berkelompok

Taraf jawatan : Kontrak
Tarikh tutup : 9 Disember 2011 (Jumaat)
Sila layari www.mycohort.gov.my ATAU emel ke alamat berikut ATAU datang sendiri ke pejabat untuk mendapatkan borang permohonan dan sebarang maklumat lanjut.

Hanya borang lengkap berserta 1 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan sahaja akan dipertimbangkan. Hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:-

Sekretariat The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/ perjawatan)
Tel : 03-91710415 Fax : 03-91710397
Emel : the_malaysian_cohort@yahoo.com.my

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::Print T-Shirt serendah RM10.00 sehelai!!!.. KLIK SINI:::::

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

Jawatan Kosong di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) KPLI

A. IKLAN PERMOHONAN  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG), KPM.
1. KETERANGAN PROGRAM
1.1 Nama Program : Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF
Mod Latihan : Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
Tempoh Pengajian : 1 1/2 Tahun (18 Bulan)
2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS
Calon-calon hendaklah:
  2.1 Warganegara Malaysia.
  2.2 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
2.3 Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2012 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1977.
2.4
Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
2.5 Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
3. KEUTAMAAN
3.1 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.
3.2 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
3.3 Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan .
3.4 Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara.
4. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
4.1
Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
4.2
Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.3
Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
4.4
Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
4.5
Calon yang pernah atau sedang disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
   
5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR)j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
5.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
(i) Bahasa Arab
(ii) Pendidikan Islam
(iii) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran j-QAF)
6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
6.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2011 mulai jam 9.00 pagi.
6.2
Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
6.3
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
6.5
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
6.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
7.1
Calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
7.2
Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di Bahagian Kesesuaian Ijazah – KESESUAIAN IJAZAH DENGAN BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN untuk maklumat lanjut).
7.3
Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.
7.4
Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.
7.5
Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.
7.6
Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.
7.7
Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
7.8
Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
 
8. PENDAFTARAN
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
 
9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkandi mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
 
10. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan bagi Ambilan Januari 2012 ditutup pada 9 Oktober 2011 (AHAD).
 
11. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
( u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar )
Nombor Telefon :

03-88841260
03-88841254
03-88841259
03-88841280
03-88841256

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082 – 258045

 

 KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::Jana RM1000-RM3000/bln dengan bisnes printing, TAK PERLU MESIN!!! KLIK SINI:::::

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

Jawatan Kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA)

 

PELUANG KERJAYA BERSAMA MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, inovasi, berfikiran dinamik, berkeyakinan tinggi, berdisiplin dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa).

1. SKIM PERKHIDMATAN: PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

KLASIFIKASI: PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Calon mestilah mempunyai keperibadian yang sesuai dan sedia berkhidmat sebagai pendidik yang
berpengetahuan, berkemahiran dalam mengajar dan mendidik,serta menyerlahkan kebolehan berfungsi
sebagai guru berkualiti dan terbaik.
Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan yang tepat dan
sesuai dengan subjek/bidang yang dipohon :-

Bidang /Subjek :
• Bahasa Melayu • Bahasa Inggeris
• Bimbingan & Kaunseling • Bahasa Mandarin
• Sejarah • Bahasa Perancis
• Geografi • Bahasa Russia
• Matematik • Bahasa Jepun
• Perakaunan • Kemahiran Hidup
• Biologi • Sains Komputer
• Fizik • Pendidikan Jasmani & Kesihatan
• Kimia • Pendidikan Islam/Tassawur
• Pendidikan Senireka/Reka Grafik
• Islamic Economic
• Pengajian Hafazan (Tahfiz)
• Media
Setiap permohonan jawatan akan disemak dan ditapis mengikut kelulusan yang bersesuaian dengan subjek pengajaran yang ditawarkan di Institut Pendidikan MARA (IPMa).
Sila rujuk syarat- syarat permohonan jawatan di lampiran.

Jika berminat sila lengkapkan permohonan jawatan secara online di laman web MARA

www.mara.gov.my

TARIKH TUTUP : 7 OKTOBER 2011

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN IKLAN LENGKAP JAWATAN

KLIK SINI UNTUK MEMBUAT  PERMOHONAN

 KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

:::::Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan! KLIK SINI:::::

 

Jawatan Kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

 

1. Permohonan jawatan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh iklan ditutup.
2. Sila pastikan borang permohonan jawatan secara “on-line” diisi dengan lengkap.
3. Jika pemohon dipanggil untuk menghadiri temuduga, sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut:-
i. Sekeping gambar berukuran pasport yang ditulis nama dan no. kad pengenalan dibelakangnya;
ii. Kad pengenalan asal dan satu salinannya yang diakui sah;
iii. Sijil-sijil asal berkaitan dan satu salinannya yang diakui sah; dan
iv. Apa-apa surat akuan asal dan satu salinannya yang diakui sah.
4. Sijil-sijil hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.
5. Sekiranya pemohon sedang memegang jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan, pemohon hendaklah membawa bersama surat pelepasan daripada Ketua Jabatan, penyata perkhidmatan dan laporan sulit apabila menghadiri temuduga.
6. Semua pemegang-pemegang biasiswa/dermasiswa dikehendaki mendapatkan surat akuan pelepasan perjanjian dari Penganjur biasiswa/dermasiswa mereka sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga.
7. Tuntutan perbelanjaan berkaitan dengan permohonan atau temuduga ini tidak akan dilayan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.
8. Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas permohonan yang tidak diterima atau tidak lengkap.

Jawatan :

1.JURUUKUR BAHAN ( GRED J 41 )

2.JURUAUDIT ( GRED W 41 )

3.JURUTERA AWAM ( GRED J 41 )

4.JURUTEKNIK ELEKTRIK ( GRED J 17 )

5.JURUTEKNIK AWAM ( GRED J 17 )

Tarikh Tutup : 18 September 2011

 KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

:::::Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan! KLIK SINI:::::

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

IKLAN JAWATAN KOSONG FRIM

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sebuah agensi penyelidikan utama dalam bidang perhutanan negara ini di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempelawa calon-calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

No. Jawatan Bidang Kekosongan Jadual Gaji Taraf Jawatan Detail Borang
1 PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41 1 P1T1 RM1693.06 – P1T25 RM4643.06 KONTRAK Klik Download
2 PEMBANTU PENYELIDIK GRED Q17 1 P1T1 RM823.40 – P1T24 RM2154.37 KONTRAK Klik Download

CATATAN AM

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

 KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

:::::Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan! KLIK SINI:::::

Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional,dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami

1.  Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41- Kontrak

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi penggajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

 

Permohonan hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia   (Kementerian    Sumber    Manusia)    di http://www.jobsmalaysia.gov.my. Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM.Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dipamerkan di Laman  Web LHDNM dan akan dimaklumkan melalui surat. Pemohon juga digalakkan sentiasa menyemak melalui Laman Web LHDNM untuk mengetahui maklumat berkenaan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 23 OGOS 2011
UNTUK IKLAN PENUH/MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK SINI

_____________________________________________________________________________________

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

:::::Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan! KLIK SINI:::::

Jawatan Kosong di Perbadanan Stadium Malaysia

Perbadanan Stadium Malaysia sebuah badan berkanun persekutuan yang mengurus, mentadbir dan menyelenggara Kompleks Sukan Negara mempelawa individu warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :-

1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (Kontrak)
2. Penolong Akauntan Gred W27 (Kontrak)
3. Pembantu Teknik Lanskap Gred J29 (Kontrak)
4. Penolong Jurutera Gred J29 (Kontrak)
5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Kontrak)
6. Pembantu Tadbir – Perkeranian/Operasi Gred N17 (Kontrak)
7. Pembantu Tadbir – Kewangan Gred W17 (Kontrak)
8. Juruteknik Gred J17 (Kontrak)
9. Juruteknik Komputer Gred FT17 (Kontrak)
10. Pembantu Am Pejabat Gred N1 (Kontrak)
11. Tukang Gred K2 (Tetap)
12. Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3 (Kontrak)
13. Pekerja Awam Gred R1 (Tetap/Kontrak)

Maklumat lanjut (iklan perjawatan) (dalam format PDF)
Borang Permohonan Jawatan (dalam format PDF)

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 September 2011

* Untuk memuat turun fail, right-klik pada mouse dan pilih “save target as” bagi Internet Explorer atau “save link as” bagi pengguna Firefox.

 KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

:::::Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan! KLIK SINI:::::

 

Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

 

Jabatan Pembangunan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

  1. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17

Tarikh Tutup: 30 Mei 2011

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN IKLAN LENGKAP JAWATAN DAN CARA UNTUK MEMOHON

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

_____________________________________________________________________________________

:::::Jana RM1000-RM3000/bln dengan bisnes printing, TAK PERLU MESIN!!! KLIK SINI:::::

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

Jawatan Kosong di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Iklan Kekosongan Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH)

 

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

Nama Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Gred Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Taraf Jawatan : SAMBILAN

Gaji : RM 54.00 sehari (SPM)

RM 72.00 sehari (Diploma)

RM 100.00 sehari (Ijazah)

 

Syarat Lantikan : Calon-calon mestilah memiliki kelayakan berikut:-

•  Warganegara Malaysia

•  Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan

•  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Diploma atau Ijazah

•  Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan)

Pemohon yang berminat sila hadir ke Temuduga Terbuka yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 11 Mei 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Onyx,
Tingkat 9,
Blok 10
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta

50622 Kuala Lumpur.

 

* Pemohon diminta mengemukakan sijil akademik, dokumen pengenalan serta dokumen sokongan

yang asal semasa mengahdiri Temuduga Terbuka tersebut.

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

:::::Jana RM1000-RM3000/bln dengan bisnes printing, TAK PERLU MESIN!!! KLIK SINI:::::

Jawatan Kosong di Jabatan Muzium Malaysia


PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA LEPASAN IJAZAH YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS UNTUK BEKERJA DI JABATAN MUZIUM MALAYSIA.

 

  1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) KURATOR (GRED S41)
  2. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) PENYELIDIK (GRED S41)

Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 13 Mei 2011


KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

:::::Jana RM1000-RM3000/bln dengan bisnes printing, TAK PERLU MESIN!!! KLIK SINI:::::

Jawatan Kosong di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang

IKLAN JAWATAN KOSONG
MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :

  1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (SAMBILAN)

Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :

Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau
Jalan Pondok Upeh
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :Sebelum atau pada 25 April 2011.

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN IKLAN LENGKAP JAWATAN

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

:::::Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan! KLIK SINI:::::

Jawatan Kosong di Kementerian Dalam Negeri

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan kosong bagi Jawatan Anggota Awam Lembaga Parol di Kementerian Dalam Negeri dengan mengunakan Borang Biodata Peribadi Anggota Lembaga Parol dibawah.

Sila rujuk kepada  Kriteria Pelantikan Anggota Awam Lembaga Parol serta  Syarat dan Kemudahan Anggota Awam Lembaga Parol bagi jawatan yang dipohon.

  1. Borang Biodata Peribadi Anggota Lembaga Parol
  2. Kriteria Pelantikan Anggota Awam Lembaga Parol
  3. Syarat dan Kemudahan Anggota Awam Lembaga Parol
Tarikh tutup bagi iklan ini adalah pada 4 Mei 2011. Semua permohonan hendaklah melalui kiriman pos dan dihantar ke alamat:

Kementerian Dalam Negeri
Urusetia Lembaga Parol
Aras 6-01 The Heritage Suite
Jalan SB Dagang
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Encik Ahmad Najme bin Muhammad)

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::Inginkan peluang untuk memenangi sebuah HONDA CITY?? KLIK SINI!:::::

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

Jawatan Kosong di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
DI KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

  1. a) Jawatan : PEMANDU KENDERAAN  (R3)
    b) Agensi : Kementerian Perusahaan Perladangan  dan Komoditi
    c) Kumpulan
    Perkhidmatan
    : Sokongan
    d) Klasifikasi
    Perkhidmatan
    : Perkhidmatan Mahir, Separuh Mahir, Tidak Mahir
    e) Jumlah
    Kekosongan
    : 1 Kekosongan
  2. Jadual Gaji : Gred R3
    Gaji : P1T1 RM 701.42 P1T17 RM 1354.86
    P2T1 RM 743.89 P2T17 RM 1423.41
    P3T1 RM 787.99 P3T17 RM 1493.59
  3. Elaun dan kemudahanCalon-calon yang dilantik adalah layak menerima elaun dan kemudahan berikut:
    a. Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 95.00
    b. Imbuhan Tetap Perumahan : RM 180.00
    c. Elaun Bantuan Sara Hidup : RM 300.00
    d. Elaun Bertugas Rasmi
    e. Cuti Rehat Tahunan (20 hari setahun)
    f. Rawatan Perubatan Percuma di Hospital/Klinik Kerajaan
  4. Syarat LantikanCalon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      1. Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan;
      2. Memiliki Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali Lesen Memandu Dalam tempoh Percubaan (P)];
      3. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji Permulaan pada Gred R3 ialah:
        Lesen D P1T3
        Lesen E/E1/E2 P1T4
        Lesen F/H P1T5
        Lesen G/I P1T6
    3. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
  5. Syarat Kenaikan Pangkat Secara LantikanPegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. Mempunyai kelayakan di perenggan 3 (c) (ii) dan (iii) diatas;dan
    2. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
  6. Taraf Jawatan : Tetap
  7. Tempat Bertugas : Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
  8. Penaklukan di bawah syarat-syarat perkhidmatanPegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
  9. Fungsi Bidang TugasBertanggungjawab memeriksa dan memastikan kenderaan dalam keadaan bersih,baik, memandu kenderaan dalam keadaan selamat, mencatatkan pergerakan kenderaan ke dalam buku log dan melaporkan sebarang kerosakan / kemalangan kepada pegawai penjaga.
  10. Cara memohon(a)       Permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang boleh didapati di laman web Kementerian (www.kppk.gov.my) atau  di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Aras 6, No.15, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62654 Putrajaya. (c)        Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan yang berkelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.(d)       Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan-kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.

    (e)       Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 30cm. Di sudut kiri sampul surat hendaklah ditulis nama JAWATAN YANG DIPOHON

  11. Alamat Pemohonan dan Tarikh TutupPermohonan hendaklah sampai kepada: Ketua Setiausaha
    Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    No. 15, Aras 6-13
    Persiaran Perdana, Presint 2
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62654 Putrajaya
    (u.p. : SUB Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
     

    (a)       Tarikh Tutup             :           29 April 2011

  12. 12.Permohonan Yang DitolakPermohonan yang berikut akan ditolak:
    1. Tidak menggunakan borang yang ditetapkan;
    2. Tidak disertakan salinan dokumen yang telah ditetapkan;
    3. Tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;
    4. Tidak ditulis nombor kad pengenalan;
    5. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi mereka yang sedang berkhidmat; dan
    6. Tidak menandatangani borang permohonan.
  13. Catatan Am
    1. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
    2. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
    3. Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

Muat Turun :

Borang Permohonan Jawatan kosong  [Muat turun]

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::Inginkan peluang untuk memenangi sebuah HONDA CITY?? KLIK SINI!:::::

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri)

 

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon kekosongan jawatan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional seperti berikut:

1. Guru Tabika Perpaduan-Perlis (5 Kekosongan)

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN IKLAN DAN CARA PERMOHONAN

Tarikh Tutup : 12 April 2011


2. Guru Tabika Perpaduan-Kuala Lumpur (10 Kekosongan)

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN IKLAN

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup : 15 April 2011

 

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKANKLIK SINI!:::::

Jawatan Kosong di Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK)

 

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut:-

Klik pada jawatan-jawatan dibawah untuk muat turun iklan jawatan.

1.AHLI FOTOGRAFI B11

2.JURUSOLEK B11

3.PEGAWAI KEBUDAYAAN (PEMBANTU PENTAS) B11

4.PEKERJA AWAM R1

5.PEKERJA AWAM KHAS R3

6.PEMANDU KENDERAAN R3

7.PEMBANTU AM PEJABAT (PAP) N1

8.PEMBANTU KAMERA / PEMANDU N3

9.PENGAWAL KESELAMATAN KP11

10.TUKANG K2 R11

11.TUKANG K3 (KAYU / JAHIT) R9

 

TARIKH TUTUP PERMOHONANTiada Tarikh Tutup Permohonan (Sistem Mengisi Sepanjang Masa). Tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun dari tarikh permohonan.

KLIK SINI UNTUK KE WEB KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Jawatan Kosong di Lembaga Arkitek Malaysia

JOB VACANCIES :

1. EXECUTIVE & SENIOR EXECUTIVE

Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) is looking for dynamic and self motivated

individuals to fill up vacancies in Executive and Senior Executive posts in its

establishment.

– applicant must be a Malaysian citizen with Bachelor degree in any discipline but preference to Public Administration and Law

– at least three (3) years of working experience

– excellent command in English and Bahasa Malaysia (spoken and written)

– good writing skills

– able to work under minimum supervision

– renumeration and salary will commensurate with qualification and experience

Interested candidates are invited to submit their resume including the expected salary

to the following address :-

Lembaga Arkitek Malaysia

Tkt. 17, Blok F, Ibu Pejabat JKR

Jalan Sultan Salahuddin

50582 Kuala Lumpur

E-mail : info@lam.gov.my

 

Deadline for application is by not later than 26 March 2011

KLIK UNTUK MUAT TURUN IKLAN JAWATAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...