Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Enterpris Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan PKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.
Perkhidmatan ini adalah secara kontrak selama dua (2) tahun bagi jawatan-jawatan berikut :
- Pengawai Undang-undang, Gred 7
- Penolong Pengurus Gred 8 (Akauntan)
1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG, GRED 7
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Pertengahan
Gaji ditawarkan : Lingkungan RM4,639.18– RM7,563.44
Status Jawatan : Kontrak selama dua (2) tahun
Syarat-syarat Lantikan :
a) Ijazah Sarjana Muda Undang – undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b) Lulus peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); dan
c) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
d) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).
e) Mempunyai pengalaman berkaitan tidak kurang 6 tahun.
2. PENOLONG PENGURUS, GRED 8 (AKAUNTAN)
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Pertengahan
Gaji ditawarkan : Lingkungan RM2,738.89– RM6,984.14
Syarat-syarat Lantikan :
a) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b) Ahli Penuh Badan–badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
c) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan–badan Berkanun Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
d) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; dan
e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
f) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).
SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan ini adalah tertakluk kepada syarat Skim Perkhidmatan SME Corp. Malaysia yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
UMUR
- Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.
CARA MEMOHON
i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SME Corp. Malaysia yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat, Pejabat Negeri ATAU boleh dimuat turun dari laman web SME Corp. Malaysia di http://www.smecorp.gov.my
ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kelayakan akademik, kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan.
iii. Permohonan daripada pegawai – pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing – masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.
iv. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah dihantar kepada :-
KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
(SME CORP. MALAYSIA)
Aras 15, West Wing, Menara MATRADE
Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Modal Insan
v. Tarikh tutup permohonan : 20 Mei 2011 (Jumaat)
CATATAN AM
- Sebarang permohonan yang lewat atau tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan dan dianggaptidak berjaya.
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bertulis akan dikeluarkan oleh pihak SME Corp. Malaysia.
KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN IKLAN LENGKAP JAWATAN
KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN
_____________________________________________________________________________________
:::::Jana RM1000-RM3000/bln dengan bisnes printing, TAK PERLU MESIN!!! KLIK SINI:::::
:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::