Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman).
Jawatan yang ditawarkan adalah:
Nama Jawatan
|
Gred
|
No.Fail
|
Deskripsi Tugas
|
Pembantu Tadbir (P/O) |
N17
|
SPA[K]/S/ 001 BHG. 21 | Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi dan tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan dan statistik. Urusan –urusan perkhidmatan seperti pengesahan dalam perkhidmatan, cuti dan persaraan. |
Pembantu Tadbir (Kewangan) |
W17
|
SPA[K]/S/ 079 BHG. 4 | Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan. Mengurus dan mengawal peruntukan. Menyeleggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan. Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar. Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan. |
Pembantu Akauntan |
W17
|
SPA[K]/S/ 038 | Menjalankan tugas-tugas kewangan dan perakaunan. |
Pegawai Khidmat Pelanggan |
N17
|
SPA[K]/S/ 072 | Bertanggung jawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari masa kesemasa perkembangan diatas aduan pelanggan/tetamu. |
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) di www.spakedah.gov.my , anda perlu mendaftar untuk memohon sekiranya anda belum berbuat demikian.
Sila klik untuk keterangan jawatan, syarat-syarat dan tangga gaji (format .pdf)
KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Tarikh tutup permohonan jawatan : 23 April 2011
_____________________________________________________________________________________
:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::
:::::Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan! KLIK SINI:::::
