Jawatan Kosong di Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM)

Social Buttons by Linksku

 

IKLAN JAWATAN KOSONG KRM

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut.

(A) PENGURUS BESAR (1 kekosongan)
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pengurusan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
Taraf Jawatan : Kontrak

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
e) Calon-calon yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pengurusan/pentadbiran akan diberi keutamaan.

[Keutamaan juga akan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer]

(B) PEGAWAI PEMBANGUNAN RAGBI (1 kekosongan)
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pengurusan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan
Taraf Jawatan : Kontrak

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau;
d) Mempunyai Diploma Sains Sukan yang diiktiraf kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.
e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

[Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer]

PERMOHONAN
a) Sila hantar resume dan surat permohonan kerja (bertandatangan)
b) Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT
Kesatuan Ragbi Malaysia
Suite 1.12, Tingkat 1, Wisma OCM,
Jalan Hang Jebat,
50150 Kuala Lumpur

atau

Emelkan kepada: admin@mru.org.my (surat bertandatangan)

c) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima atau dipertimbangkan.
d) Tarikh iklan dibuka: 4 April 2011
e) Tarikh tutup permohonan: 12 April 2011
f) Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul.

Catatan Am
• Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temuduga
• Sebarang tuntutan perbelanjaan bagi temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri
• Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN IKLAN LENGKAP JAWATAN

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

 

DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments Closed