Jawatan Kosong di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Petaling Jaya

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM),  Petaling Jaya seperti berikut:

1.         (a) Jawatan  :   Juruteknik (Pembantu Bengkel) – Elektronik-Gred J17

(b) Kumpulan Perkhidmatan :       Sokongan

(c) Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan

(d) Skim Perkhidmatan : Juruteknik

(e) Taraf Jawatan: Tetap

2.  Bil. Kekosongan: Satu (1)

3.  Jadual

Gaji:   P1T1 RM674.45-P1T26 RM1,860.25

P2T1 RM716.80- P2T26  RM1,961.89

P3T1 RM760.36 – P3T26  RM2,067.16

4.         Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)    Warganegara Malaysia;

(b)    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ini;

(c)     Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d)    Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5.         Cara Memohon

(a)          Pemohon yang berminat bolehlah menulis surat dan disertakan dengan resume, salinan sijil kelahiran, Kad Pengenalan dan salinan sijil-sijil kelulusan yang diperlukan atau berkaitan yang telah disahkan.

(b)          Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:-

Pengarah
Kolej Kemahiran Tinggi MARA
No. 12, Jalan Templer
46000 Petaling Jaya
Selangor

(c)          Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 April 2011 (Jumaat)

(d)          Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak.

6.         Pelaksanaan

(a)    Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan.  Hanya calon-calon yang layak  dan melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(b)    Calon-calon yang berjaya akan dihubungi, manakala bagi calon-calon lain yang tidak dihubungi selepas 2 bulan dari tarikh temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c)  Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

:::::Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan! KLIK SINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *