Jawatan 1
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong tersebut di bawah di dalam perkhidmatan Korporasi Pembangunan Desa.
1.
(a) Jawatan : Pembantu Teknik[ 1 kekosongan ]
(b) Tempat : Kota Kinabalu
(c) Badan Berkanun : Korporasi Pembangunan Desa
(d) Kumpulan : Sokongan
Perkhidmatan
(e) Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan
2. Jadual Gaji : Gred J29 :
P1T1 RM1239.52 – P1T27 RM2437.42
P2T1 RM1296.39 – P2T27 RM2593.51
P3T1 RM1355.68 – P3T27 RM2744.76
3. Taraf Jawatan : Tetap
4. Syarat Lantikan :
i. Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina atau ukur bahan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29 : P1T2 )
(c) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(d) keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang memiliki kelayakan
diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari institusi-institusi
pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
5. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan :
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Teknik adalah
tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang
berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa
ke semasa.
6. Fungsi Bidang Tugas :
Bertanggungjawab sepenuhnya dalam bidang tugas kejuruteraan mekanikal,
penyediaan rekabentuk dan perancangan dalam sesuatu pembinaan/
pembaikan, menjalankan kajian fesibiliti, menilai dan menganggar kos
pembinaan/pembaikan,penyediaan ‘BQ’ dan ‘tender document’ dan
menyediakan laporan.
7. Tarikh Tutup : 16 Mei 2011
Permohonan
Calon-calon yang berminat boleh mengajukan permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Kerja KP D [DS(HRD)-11 V.2(2010)] berserta dengan resume kepada :-
Pengurus Besar
Korporasi Pembangunan Desa
(Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat)
Beg Berkunci 86
88998 Kota Kinabalu
Sabah
____________________________________________________________________________________________
Jawatan 2
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong tersebut di bawah di dalam perkhidmatan Korporasi Pembangunan Desa sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah.
1. (a) Jawatan : Operator Loji, Gred 2 [Boilerman, Grade 2]
[ 1 kekosongan ]
(b) Tempat : Kilang Cendawan, Mesilau
(c) Badan Berkanun : Korporasi Pembangunan Desa
(d) Kumpulan : Sokongan
Perkhidmatan
(e) Klasifikasi : Perkhidmatan Mahir / Separuh Mahir / Tidak Mahir
2. Jadual Gaji : Gred R3 : P1T1 RM701.42 – P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 – P2T17 RM1423.41
P3T1 RM787.89 – P3T17 RM1493.59
Gred R8 : P1T1 RM1080.39 – P1T17 RM1480.63
P2T1 RM1166.96 – P2T17 RM1612.88
3. Taraf Jawatan : Tetap
4. Syarat Lantikan :
i. Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) lulus Penilaian Sijil Rendah Pelajaran atau tamat Tingkatan 3;
(d) sekurang-kurangnya memiliki Sijil Kecekapan Pemandu Enjin
Pembakaran (I.C) Gred II atau Sijil Kecekapan Pemandu Enjin
Stim/Dandang Gred II mengikut mana yang berkenaan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; dan
(e) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia
dengan baik.
5. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan :
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan (dinyatakan seperti
di 1(a) di atas) adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan
berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat
ke atasnya dari masa ke semasa.
6. Fungsi Bidang Tugas :
(i) Bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi boiler.
(ii) Bertanggungjawab terhadap trouble shooting boiler.
(iii) Bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penyelengaraan menyeluruh
(overhaul) boiler sebelum pemeriksaan tahunan oleh JKKP.
(iv) Menyelenggara alat-alat keselamatan seperti safety valve, pressure
gauge, water gauge, blowdown valve dan peralatan lain supaya
peralatan berfungsi semasa kecemasan.
(v) Bertanggungjawab terhadap boiler log book dan memastikan senarai
semak dikemaskini mengikut jadual.
7. Tarikh Tutup : 16 Mei 2011
Permohonan
Calon-calon yang berminat boleh mengajukan permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Kerja KPD [DS(HRD)-11 V.2(2010)] berserta dengan resume kepada :-
Pengurus Besar
Korporasi Pembangunan Desa
(Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat)
Beg Berkunci 86
88998 Kota Kinabalu
Sabah
Hanya calon-calon yang disenaraipendekkan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Bagi calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan adalah dianggap tidak berjaya.
KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN
_____________________________________________________________________________________
:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::
:::::Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan! KLIK SINI:::::
