Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, di bawah Anak Syarikat KETENGAH (Ketengah Holding Sdn. Bhd.)

A.         JAWATAN

1. a)         Nama Jawatan :   PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (KONTRAK)- 6 Kekosongan

b)         Penempatan               :           Pejabat KETENGAH Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir

c)         Gred/Jadual Gaji        :           Kumpulan Sokongan – RM900.00 (sebulan)

d)         Syarat Lantikan            :

i)          Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

ii)         Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu termasuk Lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mahir mengendalikan komputer)

e)         Kompetensi yang diperlukan :

i) Kemahiran berkomunikasi

ii) Berkeyakinan  dan berpengetahuan dalam penyaluran maklumat

iii) Berkebolehan mengendalikan komputer dan;

iv) Mesra dan berbudi bahasa

B.         CARA MEMOHON

1.  Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.

2. Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan sijil, kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.

3. Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK:-

(a) Pemohon berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

(b) Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;

(c ) Borang tidak lengkap atau tidak terang;

(d)  Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan; dan

(e)   Tidak ditandatangani.

C.         ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Pengurus Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir
Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir
Pengkalan Gawi
21700 HULU TERENGGANU

sebelum atau pada 17 April  2011

D.         CATATAN AM

1.         Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.

2.         Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan daripada tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

 

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments Closed