Pemohon dari warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia :-
(a) Jawatan : Pegawai Kewangan (Gred Utama C)
(b) Taraf Jawatan : Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Tertinggi
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
(e) Gaji Bulanan : Antara RM 11,895.99 – RM 14,780.90
(f) Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) Warganegara Malaysia ;
ii) Berumur tidak kurang dari 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
iii) Ijazah Sarjana Muda Kewangan/Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
iv) Ahli Penuh Badan-badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
v) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
vi) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan antara 10 – 15 tahun terutamanya bidang pengurusan kewangan di sektor perbankan dan syarikat-syarikat kewangan swasta; dan
vii) Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam di dalam bidang ekonomi dan kewangan.
(g) Pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
(h) Fungsi Bidang Tugas :
i) Mengurus pengambilalihan sesebuah syarikat konsesi lebuh raya;
ii) Penyediaan / menganalisa Model Kewangan (Financial Modelling);
iii) Menganalisa prestasi dan penstrukturan semula kewangan (Financial restructuring) syarikat konsesi;
iv) Menilai daya maju sesuatu projek lebuh raya khususnya dalam melaksanakan analisa hubungan Indeks Harga Pengguna dan kaitannya dengan penetapan kadar tol;
v) Mengurus / menganalisa kewangan korporat (Financial Corporat);
vi) Menganalisa prestasi kewangan dan pelaburan LLM;
vii) Mengenalpasti aktiviti-aktiviti untuk menjana pendapatan LLM; dan
viii) Menjaga kepentingan dan hak-hak kerajaan di dalam pengurusan lebuh raya yang mempunyai implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan.
2. CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia di alamat http://e-jawatan.llmnet.gov.my/index.html mulai 29 Mac 2011 hingga 11 April 2011.
3. TARIKH TUTUP IKLAN
Permohonan ditutup pada 12 April 2011
4. PERMOHONAN DITOLAK
Permohonan akan ditolak sekiranya:
- Tidak lengkap;
- Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan
- Permohonan diterima pada atau selepas tarikh tutup iklan.
CATATAN AM
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.
KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB LLM
