Jawatan Kosong di MAjlis Daerah Pendang

 

MAJLIS DAERAH PENDANG
KEDAH DARUL AMAN

IKLAN JAWATAN

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan diberi kepada
rakyat Negeri Kedah Darul Aman untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut;

1.

Jawatan
:
PEMBANTU PENILAIAN
Kementerian/Jabatan
:
Majlis Daerah Pendang.
Kumpulan Perkhidmatan
:
Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan
:
Perkhidmatan Kewangan

2. Jadual Gaji

Gred W17
:
P1 T1
RM 821.89
P1 T24
RM 2152.86

3.         Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a)         Warganegara Malaysia;

b)         berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c)  (i)    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.

( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T1 ) ; atau

  1. Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institut

Penilaian Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1 T9)

Dan  d)         Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. Taraf Jawatan : Sementara
5. Fungsi Bidang Tugas : Menjalankan semua kerja-kerja berkaitan dengan penilaian cukai taksiran di MDP.
6. Tarikh Tutup Permohonan : 21 April 2011.

7.         Cara Memohon

Borang permohonan boleh didapati di Unit Hasil, Pejabat Majlis Daerah Pendang
pada waktu pejabat atau dengan menghantar sampul surat berukuran 10 cm x 23 cm beralamat sendiri dan
bersetem 60 sen dengan bayaran RM 2.00 bagi satu borang menggunakan
wang pos atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Pendang mulai 12 April 2011; atau

Layari portal mdp http://www.mdpendang.gov.my untuk mendapatkan borang permohonan.

8.         Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantarkan ke alamat berikut:-

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Pendang
Aras 3, Wisma Seri Pendang
06700 Pendang,
Kedah Darul Aman.

9.         Catatan Am.

8.1        Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.

8.2        Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

8.3        Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan
dalam tempoh (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa
permohonan mereka tidak berjaya.

 

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

:::::Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan! KLIK SINI:::::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments Closed