Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah (MPHT)

 

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Anak Negeri Melaka) untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) seperti berikut :

Iklan Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Bil Jawatan Kumpulan Perkhidmatan Taraf Jawatan
1 Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 Sokongan Tetap (1 Kekosongan)
2 Pembantu Veterinar Gred G17 Sokongan Kontrak (1 Kekosongan)
3 Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17 Sokongan Tetap (1 Kekosongan)
4 Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 Sokongan Tetap (1 Kekosongan)
 

 

Cara Memohon :

  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati dari di laman web MPHTJ iaitu http://www.mphtj.gov.my atau datang sendiri ke Jabatan Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
  • Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak.
  • Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.
  • Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Disudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.
  • Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Lot F51 & F52, Tingkat 1,
Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak,Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
( u.p : Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan)
Tarikh Tutup Permohonan : 4 MEI 2011 

 

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN IKLAN LENGKAP JAWATAN

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *