Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Jawatan Kekosongan

1. Penolong Juruteknik Gred TT07-08 (Tetap)

Maklumat Lanjut

Gred Gaji : TT07-08 (RM1050-RM2350)* Sekiranya tuan tidak dimaklumkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan ditutup, tuan adalah tidak disenarai pendek untuk jawatan yang dipohon. Hanya pemohon yang disenaraipendek dijemput untuk menduduki sesi pemilihan seterusnya iaitu temuduga.
Bidang Tugas

Menjalankan tugas-tugas kendalian dan pengawasan terhadap loji stesen janaelektrik (Termal / Hidro)

  • Memahami secara umum kaedah-kaedah keselamatan, menjalani latihan pencegah kebakaran dan tindakan kecemasan (Emergency Preparedness And Response – EPR). Menjadi ahli pasukan pemadam kebakaran dan EPR bila berlaku kebocoran minyak dan bahan kimia
  • Memahami fungsi-fungsi loji dan mesin-mesin bantu di dalam kawasan rondaan.
  • Menjalankan rondaan diseluruh kawasan stesen janaelektrik dan memastikan semuanya berfungsi dengan baik dan selamat.
  • Mengambil bacaan log seperti tercatat di dalam logsheet yang disediakan dan majukan kepada Penyelia untuk disemak dan   diperiksa.  Logsheet berkenaan perlu difailkan dengan kemas kerana ianya adalah merupakan rekod ISO.
  • Peka dengan nilai-nilai dan fakta-fakta kendalian termasuk had-had kendalian penggera (alarms) dan pelantikan loji.
  • Melaporkan segala kecacatan loji dengan tepat dan jelas kepada Juruteknik Tingkatan Tertinggi / Kanan
  • Kerja-kerja pengasingan (isolation) loji mengikut peraturan keselamatan yang telah digariskan.
  • Kerja-kerja pemulihan (normalization) dan pengujian bila sesuatu system atau mesin hendak dimulatugaskan.
  • Kerja-kerja memulatugas dan hentitugas semua alatbantu berkaitan seperti pam, pemampat, kipas dan sebagainya
  • Kerja-kerja penukaran penyejuk, pemindah haba dan penapis (Coolers, heat exchangers & strainers)
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti kendalian mengikut prosedur ISO.
  • Bersedia dalam setiap masa untuk bertindak dlm keadaan kecemasan seperti yang dinyatakan dalam Black Start Procedure

Syarat Kelayakan

  • Memiliki Sijil Kejuruteraan Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf termasuklah pemegang-pemegang Sijil   Kejuruteraan dari Institut Kemahiran MARA (IKM) atau institusi pengajian lain yang memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Bidang Elektrikal / Mekanikal)
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kredit mata pelajaran Bahasa Malaysia dan salah satu matapelajaran lain sama ada Matematik atau Sains
  • Sihat tubuh badan tanpa penyakit kronik.

Tarikh Tutup: 16 May 2011

Permohonan secara online.

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

:::::Jana RM1000-RM3000/bln dengan bisnes printing, TAK PERLU MESIN!!! KLIK SINI:::::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *