Jawatan Kosong di UiTM Kelate

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KELANTAN

Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

I)         JAWATAN / SKIM PERKHIDMATAN

 

BIL

 

JAWATAN

 

GRED

 

STATUS JAWATAN

 

SKIM PERKHIDMATAN

 

JADUAL GAJI

 

1.

 

PEMBANTU

AM PEJABAT

 

N1

 

Tetap

 

Pembantu

Am Pejabat

 

P1T1

P2T1

P3T1

 

RM649.15

RM691.62

RM735.72

 

 

P1T24

P2T24

P3T24

 

RM1506.79

RM1583.49

RM1661.82

 

 

 

 

II.        SYARAT LANTIKAN

1)         PEMBANTU AM PEJABAT (GRED N1)

1.         Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)             Warganegara Malaysia;

(b)            Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang

diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

Dan

(c)             Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

(Gaji permulaan ialah Gred N1 : P1T2).

III. UMUR

  1. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Calon-calon kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

IV.       PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a.         Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

b.         Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar bersama salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN.

c.         Hanya pemohon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.  Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA SAHAJA perlu membawa dokumen-dokumen asal untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

d.         Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan

adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

d.         Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.

V.        CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM di http://kelantan.uitm.edu.my/kotabharu

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Ahad, 08 Mei 2011.

Sila kemukakan permohonan kepada :

PENOLONG PENDAFTAR
(UNIT PENGURUSAN PERJAWATAN-PENTADBIRAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KELANTAN
KAMPUS KOTA BHARU
WISMA KUB, JALAN SULTAN IBRAHIM
15050 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
NO. TEL : (09) 7417707/7709/7710/7711/7713

 

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN IKLAN LENGKAP JAWATAN

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN

_____________________________________________________________________________________

:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::

:::::Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan! KLIK SINI:::::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *