YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP):
BIL | JAWATAN/SKIM PERKHIDMATAN | GRED GAJI | KEKOSONGAN |
1. | Pembantu Tadbir Kewangan (W17)
|
P1T1 RM821.89 – P1T24 RM2,156.86
P2T1 RM873.32 – P2T24 RM2,274.01 P3T1 RM926.26 – P3T24 RM2,399.46
|
1 kekosongan/
tetap |
Jadual Gaji di atas tidak termasuk Elaun Khidmat Yayasan, Elaun Tetap Perumahan dan Bantuan Sara Hidup (COLA).
SYARAT KELAYAKAN :
1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; ATAU
2. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2); ATAU
3. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5); ATAU
4. Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kirakira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9); DAN
5. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
6. Mahir Menggunakan Perisian UBS dan Microsoft Office (Word, Excel dan Power Point), dsb.
7. Pengalaman bekerja minima 1 tahun.
CARA MEMOHON :
a)Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Pejabat Urusan Yayasan Taqwa (MAIWP) dan hendaklah disertakan dengan resume dan salinan sijil yang diakui sah dan juga gambar berukuran pasport yang terbaru dan dialamatkan kepada:
PENGURUS BESAR YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN TINGKAT BAWAH LOT 1 BANGUNAN TH, 148 JALAN IPOH51200 KUALA LUMPUR
(u/p : Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)
TEL : 03-4041 4155 & FAKS : 03-4041 4166
b) Di penjuru sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.
c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 April 2011.
PERHATIAN :
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Jika tiada apa-apa panggilan dalam tempoh 3 bulan maka dianggap permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.
_____________________________________________________________________________________
:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::
:::::Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan! KLIK SINI:::::
