
Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:
Bidang : |
PUSAT PERMATA PINTAR UKM
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam (Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah, Syariah Islamiah, Bahasa Arab), Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Pendidikan Moral, Bahasa Cina, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Kaunseling. |
Syarat lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Jawatan Guru (DG41)
(a) (i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
dan
(b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
* Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang berkenaan.
Syarat Tambahan
(c) Fasih dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam BM dan BI, mempunyai pengetahuan dalam bidang yang ingin diajar, berminat untuk mengajar pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi, boleh menerima cabaran dari murid-murid pintar, kreatif, kritis dan komited, bersedia untuk mengadaptasi kokurikulum dan sukatan pelajaran bagi menyesuaikan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas, bersedia untuk menghadiri sesi latihan atau kursus sekiranya ditawarkan dan sihat dari segi emosi dan fizikal.
Penetapan Gaji Permulaan
Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred DG41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.
Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
Kekosongan : 25
JADUAL GAJI
P1T1 RM1695.85 – P1T27 RM4645.85
DG41 P2T1 RM1790.47 – P2T27 RM4924.12
P3T1 RM1889.27 – P3T27 RM5226.19 |
Umur:
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Pegawai sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.
Cara memohon:
Sila layari laman web UKM : http://www.ukm.my/ejob bagi membuat permohonan secara ‘online’.
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri ujian/temuduga.
Tarikh tutup permohonan : 2 September 2011
KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB BERKENAAN
_____________________________________________________________________________________
:::::DAPATKAN SEGERA PANDUAN MENULIS RESUME YANG MEMIKAT MAJIKAN…KLIK SINI!:::::
:::::Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan! KLIK SINI:::::